Ahad, 25 November 2012

Si Facebook Si Twitter dan Si Blog





Sejak cuti ni aku rasa memang bosan.. Walaupun aku ada akaun twitter ataupun fb, aku tetap rasa bosan.. Daripada meng'update status yang tiada hala tuju lebih baik aku tidak payah update kan.. hihi.. Aku mengaku dulu aku memang seorang yang aktif dlm fb. ya, itu dulu.. sekarang tidak.. Kadang-kadang , aku on9 jugak, tpi itupun mengambil masa yang hanya sekejap.... Tapi ada juga yang berfikir bahawa aku ni selalu sangat on9.. Mungkin mereka berfikir seperti itu kerana sering melihat aku online melalui telefon ku.. Memang benar, aku selalu online menggunakan telefon ku berbanding dari laptop.. Itupun aku hanya cek kalau ada perkara yang penting jak............. Tapi itu tidak beerti aku b'fb sepanjang masa.. tidak..tidak..

Sebelum ini, aku memang ada daftar tuk akaun twitter..Oleh kerana aku tidak berapa faham cara penggunaannya tu, aku hanya biarkan begitu saja.. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir untuk membuka kembali akaun twitter tu.... Nasiblah time tu, aku belum lupa lagi dgn email & passwood untuk login akaun tu.... Sejak hari tu, aku mulai mengenal twitter dan aktif dengannya...  Akhirnya aku melarikan diri dari fb ke twitter...  

Tidak lama selepas itu, aku pun bina blog.. Aku mulai belajar bermacam-macam tentang blog,.. Sampai sekarang ni aku masih belajar tentang tutorialnya tu.. Untuk lebih memantapkan lagi blog ku.. 
Blog menjadi sahabat aku.. entah mengapa aku rasa lega selepas menulis sesuatu entry di blog ni.. Nampaknya aku dan blog memang sahabat yang baik.. *peace*

Sabtu, 24 November 2012

Teman Setiaku Si Bintang dan Genta





Teman Setiaku iaitu "Bintang"

Teman Setiaku 2 "Genta"

Ni hari nak cerita tentang dua ekor kucingku ni.. Si Bintang dan Si Genta namanya.. hehe.. Sebenarnya ni dua ekor, ibu dan anak.. cuba teka mana ibunya dan mana anaknya.. Si Bintang tu yang ibunya dan si Genta tu anaknya.. Ni dua ekor lah haiwan kesayangan ku a.k.a Teman Setiaku.. hihi.. ^_^

Aku cerita-cerita sikit mcam mana boleh terlintas dalam fikiran ku ni bagi kucing-kucing ku ni nama bintang dan genta.. bermula dengan si Bintang.. Sebenarnya, sebelum aku bagi nama si bintang ni, aku memang suka tengok bintang.. Setiap malam mesti tengok bintang.. pelik ndak aku?? hehe~ itulah aku.. Sehinggalah si bintang ni lahir dan melekatlah namanya bintang sampai sekarang... Itu si ibu, si anak pula macam mana?? Waktu ni pula, aku memang minat warna purple dan pink... adalah juga warna lain, tapi 2 warna ni la yang menjadi fav colour ku.. Dalam masa yang sama, aku terjumpa la pula satu nama warna ni iaitu "Magenta".. 

Kesian aku ni, first time tahu kalo ada warna magenta.. Bunyinya macam menarik, jadi aku search la kat pakcik google kita dan ternyata warna "magenta" ni adalah campuran daripada warna purple dan pink... Jadi apa lagi, aku tetapkan la sudah yang kucing ku tu namanya si "magenta"... hehe~ Kalau di panggil magenta , terlalu panjang, jadi disingkatkan jadilah "Genta"... Begitulah ceritanya asal usul nama kucingku..
 Pada 28/9 tahun 2012 ni, si Bintang lahirkan 3 ekor anak kucing yang comel-comel.. Semestinya aku happy sangat.. hehe~ Tidaklah si Genta rasa kesunyian kan... Nantila bila ada masa aku update gambar anak-anak si Bintang tu......



Hatiku Yang Sedih



Assalamualaikum w.b.t

ow ya! Hati ku memang sedih sekarang ni.. sangat sedih.. aku tidak tahu apa yang perlu aku buat selain reda dengan apa yang berlaku... ya, itu jak yang aku boleh buat sekarang ni.. mm, aku sedih bukan kerana di marah.. aku sedih bukan kerana "patah hati".. opss!! patah hati?? mestilah tidak... aku sedih sebab tidak dapat balik ke kampung dalam masa terdekat ni.. ya!! itula yang buat aku sedih.. sudah tahu jawapannya bukan... :)

24 dan 25 bulan 11 ni ada tamu besar yang diadakan di kampungku.. sebelum cuti lagi memang aku rancang mahu ke sana... Tapi apakan daya, buktinya sekarang ni aku belum pulang ke sana lagi.. Tidak apalah.. mungkin tahun depan , aku boleh pergi..... walaupun aku tidak dapat ikut serta dalam tamu besar tu, setidaknya aku dapat berjumpa lagi dengan keluarga aku yang jauh di sana.. Itu sudah cukup bagi aku.. :)