Selasa, 30 Oktober 2012

Khabar Exam Ku

Asssalamualaikum w.b.t


Balik dari sekolah, rehat setengah jam n buat apa yang patut, .. selepas itu, on laptop dan jari jemariku terus lancar menaip pada keyboard.. hehe.. exam ku semakin hampir pada penghujungnya... sepatutnya ia habis sudah untuk hari ini... tapi?? tapi?? tapi?? -_-
esok ambil tassawur lagi.. sepatutnya tassawur ni ambil minggu lepas,. oleh kerana, fizik dan tassawur bertindih dalam waktu yang sama, tassawur lah pulak ditundah esok.....

okey, lupakan dulu tentang esok tu, aku mahu cerita tentang exam ku yang sudah lepas ni.. sebenarnya semua subjek aku risau. terutamanya kimia, fizik dan biologi dan jugak addmath... mengancam bukan??? aku tertanya-tanya, bolehkah aku score subjek ni waktu SPM nanti?? sedangkan sekarang ni, bukan main lemah lagi.. addmath lagilah... 

ada seorang kawanku cakap, dia kata, tidak apa kalau dapat markah rendah sekarang ni, yang penting SPM nanti.. aku simpan kata-katanya tu.. aku pun terfikir jugak, ya kan, betul jugak apa yang dia cakap... tapi tidak bermaksud kita jawab sambil lewa jak dalam paper exam itu kan.. setidaknya, kita perlu berusaha.. ya, berusaha!!!!.. itulah aku berazam sekarang ni, yang cuti 2 bulan ni, aku ulangkaji semuanya balik.. betulkah jugak tu?? padahal main jak kerjanya.. tapi, Insyaallah.. kali ni aku akan lebih serius dan sungguh-sungguh dalam belajar..


Isnin, 29 Oktober 2012

Berikan Senyumanmu

Assalamualaikum w.b.t


Tertawa sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Tapi, senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa gembira dan menyenangkan hati,.. kawan-kawan suka senyum?? banyak orang yang suka senyum termasuk , aku.. Bahkan, kerana itu, Abu Darda Radhiyallahu anhu sempat berkata: "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku." Tertawa adalah merupakan puncak kegembiraan , keceriaan dan keriangan asalkan tertawa itu tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek mahupun mencemuh... Jadi, tertawala untuk yang baik-baik sahaja, ..

 Jangan sampai kerana tawa kita tu, boleh buat orang lain terasa.. Jika orang tu terasa jugak, cepat-cepatlah minta maaf dengan dia dan beritahu perkara sebenarnya.. supaya dia tidak kecil hati dengan kelakuan kita.. ok?? Orang Arab suka memuji orang yang murah senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan pertanda kelapangan dada, kedermawanan, kemurahan hati , kemuliaan dan kesejukan hati.. Islam juga sentiasa mengajar supaya menampilkan wajah yang tenang, selalu berseri dan enak di pandang sehingga menyenangkan orang yang memandang.. 
itulah kuncinya ---> SENYUM. lepas ni rajin-rajinlah senyum ya..

tapi sahabat-sahabatku, senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan hanya untuk menutupi perangai yang tidak baik.. sebaiknya, jauhkanlah diri sahabat-sahabat daripada seperti itu.. Lihatlah, setiap bunga tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit. bintang-bintang dan burung-burung, semuanya tersenyum.. mengapa kita sendiri, tidak mampu tersenyum seperti itu?? fikir-fikirkan..

jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha untuk mengatasinya.. bukannya berputus asa.. jika mereka melihat sebuah persoalan, mereka tersenyum. Mereka turut tersenyum ketika berusaha mengatasi persoalan dan tetap tersenyum ketika mampu mengatasinya.. apa sahabat-sahabat tidak mahu tergolong seperti "mereka" ini?? 

.

Sekejap lagi cuti!! Hoorey!!

Assalamualaikum w.b.t

Mataku masih bertahan walaupun jam sudah menunjukkan 12:20 am.... dalam beberapa hari ni, susah sangat mahu tidur.. kenapa ya?? Kalau dikatakan, terlebih tidur, apa yang terlebihnya.... tidak cukup tidur, adalah.. haha~ tapi, kalau siang-siang tu, adala jugak tidurnya.. paling banyak pun 2 jam jak.. hehe ..macam manalah mahu kasi ngantuk ni ya?? ada kawan aku cakap, dengar lagu yang sedih dan perlahan.. pernahlah try sekali tu, bukan tambah ngantuk, tapi tambah sedih pulak.. hehe~

Bila cek-cek kalendar, barulah aku perasan yang cuti tinggal seminggu lagi.. betulkah??? cuti, tidak lama lagi.... cepatlah.. cepatlah cuti.. amboi,  suka cuti nampak.. haha~ tapi memang betul, aku memang perlukan cuti sekarang ni, otak ku perlu rehat sebentar.. Memang banyak tekanan yang aku hadapi sekarang ni... Cuti, cuti jugak, tapi jangan sampai buku pun ikut cuti... buka sekolah barulah di buka.. pandai buku tu cuti jugak ya.. penat sudah dia di belek-belek.... 

mungkin begitulah tabiat ku dulu.. bila buka sekolah, baru sibuk.. kalau waktu cuti, apa yang di ingat,?? paling-paling pun facebook.. sekejap-sekejap facebook... gila facebook agaknya aku dulu ni.... kali ni kurang-kurangkan sikit.. boleh ka?? mungkin laptopku ni mahu di kasih sembunyi, barulah tidak ingat facebook.. haha~ akhirnya, mataku mulai terlelap sudah ni.. jari jemariku pun terasa lenguh sudah tuk menekan keyboard ni.. tidak bermaya.. idea pun terus hilang.. Sampai sini jak dulu.. mau tidur.. zZzzZzzzzZZ..


Sekadar Cerita

Asalamualaikum w.b.t


Hari Raya Aidiladha pun sudah habis.. jadi,??? sambung exam... -_- .. exam, exam, exam..lamanya..sebulan?? biar betul?? seumur hidupku, tidak pernah pun exam selama sebulan.. tapi, apakan daya, mesti ambil jugak.. mahu gagal ka?? mestilah tidak mahu kan.. sekarang ni, macam-macam perasaan yang ada.. mau nangis pun ada.. mau lari 100 meter pun ada.. mau ketawa pun ada jugak.. 
mcm orang kata, macam-macam ada.. haha~ 

Sepatutnya esok, ada exam.. subjeknya ialah ----> geografi....  untuk tahun ni mesti ambil.. bila SPM 2013 nanti barula fikir-fikir sama ada mahu ambil ni subjek tau tidak.. mungkin ambil kot.. hehe~ manalah tahu dapat tambah gred A kan.. cewah.. Insyaallah dapat.. mesti cuba jugak kan, manalah kita tahu dapat ataupun tidak kalau tidak mencuba.... so, jangan takut untuk mencuba.. mencuba apa?? mencuba sesuatu yang mendatangkan faedah.. bukannya mencuba sesuatu yang negatif.. itu salah tu.. ingat!!!...

sebentar lagi, ada perlawanan antara Manchester United Vs Chelsea.. Sesiapa yang minat bola tu, berjaga la jawabnya malam ni ya.. Yang sedang menulis entry ni pun peminat bola jugak.. sekadar tuk suka-suka jak..apa salahnya kan.. itupun kalau tiada kerja mau di buat.. kalau tonton sendirian memang tidak seronok, tapi kalau tonton dengan family, memang best.. hehehe~ tapi, alamatnya mesti bising.. kalau lemah semangat, baik jangan ikut serta.. kenapa?? sebabnya, bila ada goal, mesti ada yang teriak goaall!!!! ... secara mengejut lagi tu.. fuh!!! hahaha~ ^_^