Sabtu, 5 Januari 2013

Persahabatan Itu Bermakna Bagiku


Mungkin bagi orang lain, mereka boleh hidup tanpa sahabat. Tanpa sahabat , mereka cukup merasakan kebahagian. Kegembiraan. Tapi bukan bagi aku. Aku sntiasa menginginkan seorang sahabat yang sntiasa bersama ku di saat aku gembira mahupun susah. Seseorang yg sudi menolongku saat aku perlukan seorang sahabat utk mengubati hatiku yg pilu. Seseorang sahabat yg sedia meminjamkan bahunya di saat aku rebah. 

Keterlaluan kah aku? Tamak kah aku? 

Namun aku gembira, sekarang ini aku jumpa orang yang seperti itu. Sekarang ini kami masih berkawan rapat. Ya, sangat rapat. Aku bersyukur kerana di anugerahi sahabat sepertinya. Aku menyayanginya seperti menyayangi diriku sndiri. Semoga persahabatan ini kekal abadi dan diberkati Allah S.W.T. ^_^

Cuma aku sedih. Kadang-kadang hati ini sakit. Aku cukup sayang terhadap kawan2 ku yang lain. Tetapi mengapa aku merasakan diri ini hanya dipergunakan?? Mengapa? Hanya di saat mereka memerlukanku barulah mereka datang kepadaku. Tetapi apabila mereka senang, mereka tidak hiraukan aku langsung. :'). Tapi, x mengapalah. Aku tidak ingin memikirkannya.(?????????)

Sombong ka?

Kadang-kadang terfikir jugak sama ada aku ni pada pndangan org lain sombong ataupun tidak. Mungkin sombong tu adalah jugak. tapi tidaklah jugak terlalu sombong.. hihi. Cobalah kenal baik2 kan, ini tidak, belum apa-apa sudah cakap macam tu. ==' .. 

Geram! Geram! . Tapi kalau terlebih peramah pulak, ada jugak org yang mengata.. Aku ni kadang2 peramah jugak.. cewah!! >_< . Tapi lebih kepada kawan2 yg boleh di katakan rapat ataupun yg sangat rapat. 

Tapi kan, walaupun ada kawan2 lain yang x seberapa rapat tu contohnya plajar kat skolah tu, aku senyum jugak. Itu pun masih di katakan sombong... O_O ... Bila aku da tegur pun masih jugak cakap yang aku ni sombong.. hurm.. mcm mana sudah tu?? -_- .. tapi x kisahlah. Yang penting tiada niatku macam tu.. Apa yang aku dapat kalau buat begitu? Tiada jugak faedahnya. ^_^ . Mulut org mana boleh jaga. Yang penting, aku jaga mulutku sendiri.

Jumaat, 4 Januari 2013

Hari ke-3



hari ni hari ketiga sekolah. Seronok tu memanglah seronok. Aku akui yang aku memang seronok. Mungkin itu bru di awal persekolahan kot. tapi aku risau jugak . Bagaikan mimpi seja yang aku sekarang ni form 5. kalau org tengok aku, macam x percaya seja yang aku ni form  5 sudah.. haha.. X))

walaupun sudah 3 hari sekolah, aku belum lagi jumpa ngan kawan aku yang seorang ni. Ada masalah sikit yang menyebabkan dia x dapat sekolah lagi. minggu depan mungkin baru dia sekolah. Kalau ada dia tambah best. suasana jadi x sunyi. ceria seja. Apa tidaknya, orangnya tu memang ceria jak.. Memang best sahabat dgn dia.

Cuma sekarang ni aku berdebar yang teramat sangat. spm tu. Mana mau ulangkaji form 4 lagi. Belum di tambah dgn aktiviti sekolah lagi.. cukup ka??. nampaknya mulai saat ni aku mesti pandai atur masa.. supaya semuanya x kelam kabut. Sekarang ni yang aku sangat risau subjek kimia, fizik dan addmath. Banyak aku dengar org ckp, yg fizik tu senang. Ya, memanglah senang. Tapi bukan senang bagi aku. Bagi aku susah. Tapi aku berusaha jadikan ia senang sebelum spm nanti.Insyaallah.. ^_^

Ahad, 25 November 2012

Si Facebook Si Twitter dan Si Blog





Sejak cuti ni aku rasa memang bosan.. Walaupun aku ada akaun twitter ataupun fb, aku tetap rasa bosan.. Daripada meng'update status yang tiada hala tuju lebih baik aku tidak payah update kan.. hihi.. Aku mengaku dulu aku memang seorang yang aktif dlm fb. ya, itu dulu.. sekarang tidak.. Kadang-kadang , aku on9 jugak, tpi itupun mengambil masa yang hanya sekejap.... Tapi ada juga yang berfikir bahawa aku ni selalu sangat on9.. Mungkin mereka berfikir seperti itu kerana sering melihat aku online melalui telefon ku.. Memang benar, aku selalu online menggunakan telefon ku berbanding dari laptop.. Itupun aku hanya cek kalau ada perkara yang penting jak............. Tapi itu tidak beerti aku b'fb sepanjang masa.. tidak..tidak..

Sebelum ini, aku memang ada daftar tuk akaun twitter..Oleh kerana aku tidak berapa faham cara penggunaannya tu, aku hanya biarkan begitu saja.. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir untuk membuka kembali akaun twitter tu.... Nasiblah time tu, aku belum lupa lagi dgn email & passwood untuk login akaun tu.... Sejak hari tu, aku mulai mengenal twitter dan aktif dengannya...  Akhirnya aku melarikan diri dari fb ke twitter...  

Tidak lama selepas itu, aku pun bina blog.. Aku mulai belajar bermacam-macam tentang blog,.. Sampai sekarang ni aku masih belajar tentang tutorialnya tu.. Untuk lebih memantapkan lagi blog ku.. 
Blog menjadi sahabat aku.. entah mengapa aku rasa lega selepas menulis sesuatu entry di blog ni.. Nampaknya aku dan blog memang sahabat yang baik.. *peace*

Sabtu, 24 November 2012

Teman Setiaku Si Bintang dan Genta





Teman Setiaku iaitu "Bintang"

Teman Setiaku 2 "Genta"

Ni hari nak cerita tentang dua ekor kucingku ni.. Si Bintang dan Si Genta namanya.. hehe.. Sebenarnya ni dua ekor, ibu dan anak.. cuba teka mana ibunya dan mana anaknya.. Si Bintang tu yang ibunya dan si Genta tu anaknya.. Ni dua ekor lah haiwan kesayangan ku a.k.a Teman Setiaku.. hihi.. ^_^

Aku cerita-cerita sikit mcam mana boleh terlintas dalam fikiran ku ni bagi kucing-kucing ku ni nama bintang dan genta.. bermula dengan si Bintang.. Sebenarnya, sebelum aku bagi nama si bintang ni, aku memang suka tengok bintang.. Setiap malam mesti tengok bintang.. pelik ndak aku?? hehe~ itulah aku.. Sehinggalah si bintang ni lahir dan melekatlah namanya bintang sampai sekarang... Itu si ibu, si anak pula macam mana?? Waktu ni pula, aku memang minat warna purple dan pink... adalah juga warna lain, tapi 2 warna ni la yang menjadi fav colour ku.. Dalam masa yang sama, aku terjumpa la pula satu nama warna ni iaitu "Magenta".. 

Kesian aku ni, first time tahu kalo ada warna magenta.. Bunyinya macam menarik, jadi aku search la kat pakcik google kita dan ternyata warna "magenta" ni adalah campuran daripada warna purple dan pink... Jadi apa lagi, aku tetapkan la sudah yang kucing ku tu namanya si "magenta"... hehe~ Kalau di panggil magenta , terlalu panjang, jadi disingkatkan jadilah "Genta"... Begitulah ceritanya asal usul nama kucingku..
 Pada 28/9 tahun 2012 ni, si Bintang lahirkan 3 ekor anak kucing yang comel-comel.. Semestinya aku happy sangat.. hehe~ Tidaklah si Genta rasa kesunyian kan... Nantila bila ada masa aku update gambar anak-anak si Bintang tu......



Hatiku Yang Sedih



Assalamualaikum w.b.t

ow ya! Hati ku memang sedih sekarang ni.. sangat sedih.. aku tidak tahu apa yang perlu aku buat selain reda dengan apa yang berlaku... ya, itu jak yang aku boleh buat sekarang ni.. mm, aku sedih bukan kerana di marah.. aku sedih bukan kerana "patah hati".. opss!! patah hati?? mestilah tidak... aku sedih sebab tidak dapat balik ke kampung dalam masa terdekat ni.. ya!! itula yang buat aku sedih.. sudah tahu jawapannya bukan... :)

24 dan 25 bulan 11 ni ada tamu besar yang diadakan di kampungku.. sebelum cuti lagi memang aku rancang mahu ke sana... Tapi apakan daya, buktinya sekarang ni aku belum pulang ke sana lagi.. Tidak apalah.. mungkin tahun depan , aku boleh pergi..... walaupun aku tidak dapat ikut serta dalam tamu besar tu, setidaknya aku dapat berjumpa lagi dengan keluarga aku yang jauh di sana.. Itu sudah cukup bagi aku.. :)

Selasa, 30 Oktober 2012

Khabar Exam Ku

Asssalamualaikum w.b.t


Balik dari sekolah, rehat setengah jam n buat apa yang patut, .. selepas itu, on laptop dan jari jemariku terus lancar menaip pada keyboard.. hehe.. exam ku semakin hampir pada penghujungnya... sepatutnya ia habis sudah untuk hari ini... tapi?? tapi?? tapi?? -_-
esok ambil tassawur lagi.. sepatutnya tassawur ni ambil minggu lepas,. oleh kerana, fizik dan tassawur bertindih dalam waktu yang sama, tassawur lah pulak ditundah esok.....

okey, lupakan dulu tentang esok tu, aku mahu cerita tentang exam ku yang sudah lepas ni.. sebenarnya semua subjek aku risau. terutamanya kimia, fizik dan biologi dan jugak addmath... mengancam bukan??? aku tertanya-tanya, bolehkah aku score subjek ni waktu SPM nanti?? sedangkan sekarang ni, bukan main lemah lagi.. addmath lagilah... 

ada seorang kawanku cakap, dia kata, tidak apa kalau dapat markah rendah sekarang ni, yang penting SPM nanti.. aku simpan kata-katanya tu.. aku pun terfikir jugak, ya kan, betul jugak apa yang dia cakap... tapi tidak bermaksud kita jawab sambil lewa jak dalam paper exam itu kan.. setidaknya, kita perlu berusaha.. ya, berusaha!!!!.. itulah aku berazam sekarang ni, yang cuti 2 bulan ni, aku ulangkaji semuanya balik.. betulkah jugak tu?? padahal main jak kerjanya.. tapi, Insyaallah.. kali ni aku akan lebih serius dan sungguh-sungguh dalam belajar..


Isnin, 29 Oktober 2012

Berikan Senyumanmu

Assalamualaikum w.b.t


Tertawa sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Tapi, senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa gembira dan menyenangkan hati,.. kawan-kawan suka senyum?? banyak orang yang suka senyum termasuk , aku.. Bahkan, kerana itu, Abu Darda Radhiyallahu anhu sempat berkata: "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku." Tertawa adalah merupakan puncak kegembiraan , keceriaan dan keriangan asalkan tertawa itu tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek mahupun mencemuh... Jadi, tertawala untuk yang baik-baik sahaja, ..

 Jangan sampai kerana tawa kita tu, boleh buat orang lain terasa.. Jika orang tu terasa jugak, cepat-cepatlah minta maaf dengan dia dan beritahu perkara sebenarnya.. supaya dia tidak kecil hati dengan kelakuan kita.. ok?? Orang Arab suka memuji orang yang murah senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan pertanda kelapangan dada, kedermawanan, kemurahan hati , kemuliaan dan kesejukan hati.. Islam juga sentiasa mengajar supaya menampilkan wajah yang tenang, selalu berseri dan enak di pandang sehingga menyenangkan orang yang memandang.. 
itulah kuncinya ---> SENYUM. lepas ni rajin-rajinlah senyum ya..

tapi sahabat-sahabatku, senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan hanya untuk menutupi perangai yang tidak baik.. sebaiknya, jauhkanlah diri sahabat-sahabat daripada seperti itu.. Lihatlah, setiap bunga tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit. bintang-bintang dan burung-burung, semuanya tersenyum.. mengapa kita sendiri, tidak mampu tersenyum seperti itu?? fikir-fikirkan..

jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha untuk mengatasinya.. bukannya berputus asa.. jika mereka melihat sebuah persoalan, mereka tersenyum. Mereka turut tersenyum ketika berusaha mengatasi persoalan dan tetap tersenyum ketika mampu mengatasinya.. apa sahabat-sahabat tidak mahu tergolong seperti "mereka" ini?? 

.

Sekejap lagi cuti!! Hoorey!!

Assalamualaikum w.b.t

Mataku masih bertahan walaupun jam sudah menunjukkan 12:20 am.... dalam beberapa hari ni, susah sangat mahu tidur.. kenapa ya?? Kalau dikatakan, terlebih tidur, apa yang terlebihnya.... tidak cukup tidur, adalah.. haha~ tapi, kalau siang-siang tu, adala jugak tidurnya.. paling banyak pun 2 jam jak.. hehe ..macam manalah mahu kasi ngantuk ni ya?? ada kawan aku cakap, dengar lagu yang sedih dan perlahan.. pernahlah try sekali tu, bukan tambah ngantuk, tapi tambah sedih pulak.. hehe~

Bila cek-cek kalendar, barulah aku perasan yang cuti tinggal seminggu lagi.. betulkah??? cuti, tidak lama lagi.... cepatlah.. cepatlah cuti.. amboi,  suka cuti nampak.. haha~ tapi memang betul, aku memang perlukan cuti sekarang ni, otak ku perlu rehat sebentar.. Memang banyak tekanan yang aku hadapi sekarang ni... Cuti, cuti jugak, tapi jangan sampai buku pun ikut cuti... buka sekolah barulah di buka.. pandai buku tu cuti jugak ya.. penat sudah dia di belek-belek.... 

mungkin begitulah tabiat ku dulu.. bila buka sekolah, baru sibuk.. kalau waktu cuti, apa yang di ingat,?? paling-paling pun facebook.. sekejap-sekejap facebook... gila facebook agaknya aku dulu ni.... kali ni kurang-kurangkan sikit.. boleh ka?? mungkin laptopku ni mahu di kasih sembunyi, barulah tidak ingat facebook.. haha~ akhirnya, mataku mulai terlelap sudah ni.. jari jemariku pun terasa lenguh sudah tuk menekan keyboard ni.. tidak bermaya.. idea pun terus hilang.. Sampai sini jak dulu.. mau tidur.. zZzzZzzzzZZ..


Sekadar Cerita

Asalamualaikum w.b.t


Hari Raya Aidiladha pun sudah habis.. jadi,??? sambung exam... -_- .. exam, exam, exam..lamanya..sebulan?? biar betul?? seumur hidupku, tidak pernah pun exam selama sebulan.. tapi, apakan daya, mesti ambil jugak.. mahu gagal ka?? mestilah tidak mahu kan.. sekarang ni, macam-macam perasaan yang ada.. mau nangis pun ada.. mau lari 100 meter pun ada.. mau ketawa pun ada jugak.. 
mcm orang kata, macam-macam ada.. haha~ 

Sepatutnya esok, ada exam.. subjeknya ialah ----> geografi....  untuk tahun ni mesti ambil.. bila SPM 2013 nanti barula fikir-fikir sama ada mahu ambil ni subjek tau tidak.. mungkin ambil kot.. hehe~ manalah tahu dapat tambah gred A kan.. cewah.. Insyaallah dapat.. mesti cuba jugak kan, manalah kita tahu dapat ataupun tidak kalau tidak mencuba.... so, jangan takut untuk mencuba.. mencuba apa?? mencuba sesuatu yang mendatangkan faedah.. bukannya mencuba sesuatu yang negatif.. itu salah tu.. ingat!!!...

sebentar lagi, ada perlawanan antara Manchester United Vs Chelsea.. Sesiapa yang minat bola tu, berjaga la jawabnya malam ni ya.. Yang sedang menulis entry ni pun peminat bola jugak.. sekadar tuk suka-suka jak..apa salahnya kan.. itupun kalau tiada kerja mau di buat.. kalau tonton sendirian memang tidak seronok, tapi kalau tonton dengan family, memang best.. hehehe~ tapi, alamatnya mesti bising.. kalau lemah semangat, baik jangan ikut serta.. kenapa?? sebabnya, bila ada goal, mesti ada yang teriak goaall!!!! ... secara mengejut lagi tu.. fuh!!! hahaha~ ^_^