Isnin, 29 Oktober 2012

Sekadar Cerita

Asalamualaikum w.b.t


Hari Raya Aidiladha pun sudah habis.. jadi,??? sambung exam... -_- .. exam, exam, exam..lamanya..sebulan?? biar betul?? seumur hidupku, tidak pernah pun exam selama sebulan.. tapi, apakan daya, mesti ambil jugak.. mahu gagal ka?? mestilah tidak mahu kan.. sekarang ni, macam-macam perasaan yang ada.. mau nangis pun ada.. mau lari 100 meter pun ada.. mau ketawa pun ada jugak.. 
mcm orang kata, macam-macam ada.. haha~ 

Sepatutnya esok, ada exam.. subjeknya ialah ----> geografi....  untuk tahun ni mesti ambil.. bila SPM 2013 nanti barula fikir-fikir sama ada mahu ambil ni subjek tau tidak.. mungkin ambil kot.. hehe~ manalah tahu dapat tambah gred A kan.. cewah.. Insyaallah dapat.. mesti cuba jugak kan, manalah kita tahu dapat ataupun tidak kalau tidak mencuba.... so, jangan takut untuk mencuba.. mencuba apa?? mencuba sesuatu yang mendatangkan faedah.. bukannya mencuba sesuatu yang negatif.. itu salah tu.. ingat!!!...

sebentar lagi, ada perlawanan antara Manchester United Vs Chelsea.. Sesiapa yang minat bola tu, berjaga la jawabnya malam ni ya.. Yang sedang menulis entry ni pun peminat bola jugak.. sekadar tuk suka-suka jak..apa salahnya kan.. itupun kalau tiada kerja mau di buat.. kalau tonton sendirian memang tidak seronok, tapi kalau tonton dengan family, memang best.. hehehe~ tapi, alamatnya mesti bising.. kalau lemah semangat, baik jangan ikut serta.. kenapa?? sebabnya, bila ada goal, mesti ada yang teriak goaall!!!! ... secara mengejut lagi tu.. fuh!!! hahaha~ ^_^





Tiada ulasan:

Catat Ulasan