Selasa, 30 Oktober 2012

Khabar Exam Ku

Asssalamualaikum w.b.t


Balik dari sekolah, rehat setengah jam n buat apa yang patut, .. selepas itu, on laptop dan jari jemariku terus lancar menaip pada keyboard.. hehe.. exam ku semakin hampir pada penghujungnya... sepatutnya ia habis sudah untuk hari ini... tapi?? tapi?? tapi?? -_-
esok ambil tassawur lagi.. sepatutnya tassawur ni ambil minggu lepas,. oleh kerana, fizik dan tassawur bertindih dalam waktu yang sama, tassawur lah pulak ditundah esok.....

okey, lupakan dulu tentang esok tu, aku mahu cerita tentang exam ku yang sudah lepas ni.. sebenarnya semua subjek aku risau. terutamanya kimia, fizik dan biologi dan jugak addmath... mengancam bukan??? aku tertanya-tanya, bolehkah aku score subjek ni waktu SPM nanti?? sedangkan sekarang ni, bukan main lemah lagi.. addmath lagilah... 

ada seorang kawanku cakap, dia kata, tidak apa kalau dapat markah rendah sekarang ni, yang penting SPM nanti.. aku simpan kata-katanya tu.. aku pun terfikir jugak, ya kan, betul jugak apa yang dia cakap... tapi tidak bermaksud kita jawab sambil lewa jak dalam paper exam itu kan.. setidaknya, kita perlu berusaha.. ya, berusaha!!!!.. itulah aku berazam sekarang ni, yang cuti 2 bulan ni, aku ulangkaji semuanya balik.. betulkah jugak tu?? padahal main jak kerjanya.. tapi, Insyaallah.. kali ni aku akan lebih serius dan sungguh-sungguh dalam belajar..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan