Isnin, 29 Oktober 2012

Berikan Senyumanmu

Assalamualaikum w.b.t


Tertawa sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Tapi, senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa gembira dan menyenangkan hati,.. kawan-kawan suka senyum?? banyak orang yang suka senyum termasuk , aku.. Bahkan, kerana itu, Abu Darda Radhiyallahu anhu sempat berkata: "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku." Tertawa adalah merupakan puncak kegembiraan , keceriaan dan keriangan asalkan tertawa itu tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek mahupun mencemuh... Jadi, tertawala untuk yang baik-baik sahaja, ..

 Jangan sampai kerana tawa kita tu, boleh buat orang lain terasa.. Jika orang tu terasa jugak, cepat-cepatlah minta maaf dengan dia dan beritahu perkara sebenarnya.. supaya dia tidak kecil hati dengan kelakuan kita.. ok?? Orang Arab suka memuji orang yang murah senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan pertanda kelapangan dada, kedermawanan, kemurahan hati , kemuliaan dan kesejukan hati.. Islam juga sentiasa mengajar supaya menampilkan wajah yang tenang, selalu berseri dan enak di pandang sehingga menyenangkan orang yang memandang.. 
itulah kuncinya ---> SENYUM. lepas ni rajin-rajinlah senyum ya..

tapi sahabat-sahabatku, senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan hanya untuk menutupi perangai yang tidak baik.. sebaiknya, jauhkanlah diri sahabat-sahabat daripada seperti itu.. Lihatlah, setiap bunga tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit. bintang-bintang dan burung-burung, semuanya tersenyum.. mengapa kita sendiri, tidak mampu tersenyum seperti itu?? fikir-fikirkan..

jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha untuk mengatasinya.. bukannya berputus asa.. jika mereka melihat sebuah persoalan, mereka tersenyum. Mereka turut tersenyum ketika berusaha mengatasi persoalan dan tetap tersenyum ketika mampu mengatasinya.. apa sahabat-sahabat tidak mahu tergolong seperti "mereka" ini?? 

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan